"Jangan menggunakan dadah!". Hal ini diucapkan dengan lantang oleh seorang bekas penagih dadah yang sudah terkena kesannya. Bagaimana tidak,disebabkan hobi menggunakan dadah,lelaki tersebut kini kelihatan seperti alien kerana memiliki kepala dan otak hanya tinggal separuh.
Penampilan Carlos 'Halfy' Rodriguez kelihatan sangat aneh kerana ia tidak memiliki dahi dan kepala bagian belakang lebih menonjol, tepat seperti manusia alien yang digambarkan di film-film.
Carlos yang juga digelar 'manusia separuh kepala' telah kehilangan sebahagian besar otak dan tulang tengkorak akibat kemalangan dramatik yang disebabkan kerana penggunaan dadah dan alkohol semasa memandu.
Ketika kemalangan berlaku, tubuhnya sempat terlempar keluar kereta melalui cermin depan dan mendarat dengan bahagian kepala depan terlebih dahulu.
Doktorterpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang di kepala untuk membantunya bertahan hidup.
"Saya sedang menggunakan dadah. Saya memandu kereta dan memlanggar tiang hingga terlempar ke luar tingkap dan terhantuk di kepala," jelas Carlos yang berasal dari Miami, Florida, seperti dipetik Dailymail, isnin (20/2/2012).
Carlos pernah menunjukkan dahi dan tengkorak yang tinggal separuh, tapi ia sering dianggap penipu. Namun ia tetap meyakinkan bahawa keadaan yang dialami benar-benar merupakan kecederaan ekstrem akibat dadah.
Carlos bukanlah satu-satunya orang yang dapat bertahan hidup dengan kepala separuh. Ada warga Inggeris yang lain yang juga mengalami keadaan yang hampir sama dengannya, iaitu Ben Maycock yang beruntung masih hidup setelah serangan brutal palu yang membuat dahi dan tengkoraknya kemik besar di tahun 2010.
Keselamatan memandu memerlukan kewaspadaan mental, penglihatan yang jelas, koordinasi fizikal dan kemampuan untuk bertindak balas dengan tepat. Penggunaan ubat-ubatan terlarang boleh mempengaruhi kemampuan memandu dan ini meningkatkan risiko mengalami kemalangan.
Risiko mengalami kemalangan 9 kali lebih besar ketika alkohol dan ubat-ubatan terlarang digunakan bersama-sama berbanding dengan pemandu yang tidak dadah, seperti dipetik ninemsn.
0 komentar:
Posting Komentar