Pages

Rabu, 08 Februari 2012

Cerita Tentang Chopstik Di Syurga Dan Neraka



Jika anda ingin tahu perbezaan syurga dan neraka, kisah ini boleh memberi sedikit gambaran.

 Seorang wanita tua yang baik hati dan selalu mengabdikan diri untuk menolong orang lain jatuh sakit dan meninggal. Sebelum ditetapkan akan masuk ke syurga dan neraka, wanita itu ada permintaan pada malaikat, "Biarkan aku melihat perbezaan syurga dan neraka," para malaikat mengabulkan permohonan wanita tua itu, dia dibawa terlebih dahulu ke neraka.

 Di neraka, wanita tua melihat sebuah bilik dengan meja panjang. Di atasnya, terdapat limpahan makanan yang sangat lazat. Ada yang berbeza, semua manusia di neraka ternyata tidak mempunyai siku, tangan mereka tak boleh ditekuk dengan penyepit yang melekat di jari-jari. Seperti apapun mereka memakai chopstik untuk memasukkan makanan ke mulut, sia-sia kerana lengan mereka tak dapat ditekuk, lurus, dan kaku. Manusia-manusia di neraka nampak sengsara, mereka nampak menderita, kecewa dan kelaparan sekalipun di depan mereka banyak makanan yang melimpah ruah.
 wanita itu tak tahan dengan penderitaan penghuni neraka, "Malaikat, mengapa mereka sedemikian?", Lalu para malaikat menjawab, "Tentu saja, ini neraka,". 

Kemudian para malaikat membawa wanita tua ke syurga. Di syurga, keadaan ternyata tak jauh berbeza dengan neraka. Ada meja panjang yang dilengkapi dengan segunung makanan yang sangat lazat. Manusia yang menghuni syurga ternyata mempunyai persamaan dengan penghuni neraka, mereka mempunyai lengan yang kaku dan tak boleh ditekuk, dengan penyepit melekat pada jari. Berbeza keadaan dengan penghuni neraka, para penghuni syurga kelihatan bahagia, sihat dan beberapa dari mereka tertawa riang gembira. "Aku fikir keadaan di sini tak jauh berbeza dengan neraka, tangan kaku dan penyepit yang melekat," ujar si wanita tua. Kemudian para malaikat tersenyum, "Tentu saja berbeza, di syurga, dengan keadaan tubuh yang sama dengan penghuni neraka, mereka tak keberatan saling menyuapi satu dan yang lain."

 Sahabat, kira-kira seperti itulah gambaran syurga yang boleh kita ciptakan di dunia. Memang, syurga dan neraka masih menjadi misteri sehingga kini, tetapi kita boleh menciptakannya di dunia, dengan cara .. tidak keberatan membantu orang lain dan mahu terus belajar untuk mencari penyelesaian di antara masalah hidup yang ada.yang pasti syurga neraka,ajal maut,kiamat hanya ALLAH sahaja yang tahu..

0 komentar:

Posting Komentar