jauh sebelum munculnya Bra, kaum perempuan telah lebih dulu mengenal korset. Korsetdiperkenalkan pertama kali oleh Catherine de Medici, isteri Raja Henri II dari Perancis, pada pertengahan abad ke-15. Kala itu tubuh perempuan yang dianggap sempurna adalah dari ukuran berpinggang sangat ramping. Catherine sendiri mempunyai ukurang pinggang sekitar 10-13 inchi. Korset ini sangat menyiksa sebab membuat sakit di daerahperut, dada dan punggung.
Mary Phelps Jacob boleh disebut sebagai penyelamat kaum perempuan dari siksaan korset. Dialah yang mencari bra moden pertama pada tahun 1913. Bra ini sendiri tercipta secara tidak sengaja. sewaktu Mary berniat menghadiri sebuah pesta di New York,rancangannya dia mahu mengenakan gaun malam. Namun Mary mendapati bahawa korsetnya akan merosakkan bentuk gaun yang akan dia kenakan, sebab gaun itu diperbuat dari bahan yang sangat tipis [sementara itu korset menggunakan rangka dari besi].
Di Indonesia, bra dikenali dengan nama BH. Masuk melalui perempuan-perempuan Belanda, yang ikut bersama dengan suami-suami mereka. Pakaian dalam ini kemudian ditiru oleh perempuan-perempuan Indonesia, dan mula dikenakan di sebalik kebaya atau gaun terusan ala wanita Belanda. Mungkin sampai sekarang, hanya sedikit yang tahu kepanjangan dari BH. BH adalah singkatan dari 'buste Hounder' [bahasa belanda], yang bererti 'pemegang susu / payudara'
0 komentar:
Posting Komentar