Pages

Kamis, 15 Maret 2012

Inilah Band Paling Hancur Dalam Sejarah Muzik Di Dunia(Video+)

Jumaat:16.03.2012 




kalau kamu berfikir yang sesuai mendapat gelaran ini adalah band tempatan di kediaman yang sukar dibezakan antara bernyanyi atau keasyikan ketika konsert, kamu salah. Justeru band ini berasal dari negeri penghasil band-band terkenal, Amerika. Apakah mereka memang layak mendapat title tersebut? Sila kamu tentukan sendiri.


Dorothy, Betty dan Helen Wiggin, tiga beradik dari Freemount, datang ke studio rakaman untuk merakamkan album debut pertama mereka pada tarikh 9 Mac 1969. Ketika itu mereka tidak sedar, bahawa langkah mereka akan menjadi sebahagian dari sejarah muzik dunia.

Mereka menyebut dirinya The Shaggs. Band yang kemudian akan terkenal dengan single-singlenya yang mampu membuat pendengarnya terpaku ... Kerana lagunya semuanya hancurnya.

Cuba saja pasang telinga dan dengar salah satu lagunya di video youtube ini.




Percaya atau tidak, band ini mendapat kedudukan ke tiga band terbaik dalam sejarah menurut sebuah akbar milik Norway pada April 1988 (ingin tahu kan band terburuk di Norway seperti apa?). Dan yang tidak kalah mengejutkan, pemuzik-pemuzik legenda seperti Frank Zappa, Kurt Cobain, Bonnie Raitt dan Joy Gregory masuk ke dalam list fans mereka. Walaupun tidak diketahui motif yang sebenarnya mengapa mereka meminati sama band ini.

Latar belakang The Shaggs muncul adalah kerana impian kuat Nyonya Austin, ibu dari ketiga anggota band ini. Si ibu bermimpi suatu ketika ketiga putri mereka akan menjadi orang terkenal. Ia selalu mengawasi anak-anak perempuannya berlatih dan bahkan ketiganya diharuskan home schooling agar jadual latihan mereka boleh lebih lama.

Pada suatu ketika di dapur rakaman, Para juruteknik harus mematikan suara dari ruang kawalan agar Austin dan ketiga putrinya tidak dapat mendengar suara mereka cekikikan.

Di waktu yang lain, ketika mereka berlatih, si ibu memberhentikan mereka di tengah-tengah lagu. Para juruteknik yang kebingungan bertanya mengapa, dan puan Austin menjawab, "Kerana mereka melakukan kesalahan."

Para juruteknik itu pun terkejut, kerana mereka berfikir selama ini memang tidak ada satupun yang terasa betul dalam telinga mereka.




Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.....

0 komentar:

Posting Komentar