Pages

Senin, 05 Maret 2012

Subhanallah.. Inilah Video Mukjizat Al-Quran tentang Pertemuan Dua Lautan

Selasa.06.03.2012


Dua buah lautan airnya bertemu tetapi tidak boleh campur merupakan salah satu mukjizat Al-Quran kebesaran Tuhan. Seorang Oceanografer berbangsa Perancis, Jaques Yves Cousteau, telah mendedahkan pertemuan dua laut yang tidak bercampur. Ia meneliti pertemuan Lautan Atlantik dan Mediterranean yang tidak bercampur satu dengan yang lain.

Kajian ini dilakukannya ketika melakukan eksplorasi di bawah laut. Ia menemui kumpulan mata air tawar yang tidak bercampur dengan air laut. '' Seolah-olah ada dinding yang menyekat kedua-dua aliran air itu,'' ujarnya Cousteau.

Sang ilmuwan pun cuba mempelajari ilmu kelautan untuk memecahkan misteri tentang fenomena ganjil tersebut, namun tak pernah membuahkan hasil. Ia pun menceritakan hal ganjil itu kepada seorang profesor Muslim. Terkejutlah Cousteau ketika si profesor Muslim menceritakan bahawa fenomena itu telah dijelaskan Al-Quran 14 abad silam.

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing." (QS Ar-Rahman :19-20)

"Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang satu tawar dan segar dan yang lain masin. Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus." (QS Al Furqan: 53).

Terpesonalah Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu. Kekagumannya terhadap ayat suci Al-Quran itu melebihi kekagumannya akan pemandangan laut dalam yang pernah dilihatnya.

Menurut dia, mustahil jika Al-Quran disusun oleh Muhammad SAW. Sebab, pada zaman itu belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Costeau pun dikhabarkan masuk Islam secara diam-diam, atas kekagumannya pada Al-Quran yang mendedahkan fenomena alam ini.

Jaques Cousteau meninggal Rabu 25 Jun 1997. Sayangnya, dengan privasi Islamnya, banyak orang terdekatnya yang tidak tahu. Ia dikabarkan dimakamkan di Cathedral Notre Dame di Paris.


Video mukjizat ini boleh dilihat: DISINI


0 komentar:

Posting Komentar