Pages

Jumat, 10 Februari 2012

Wanita Ini Sanggup Keluar Agama Kerana Ingin Jadi Model Majalah Porno


BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan anak gadis Islam Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapisaya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragamaIslam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentangkeputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Timesmenjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorangwanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.


"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki,tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelumberkahwin." Jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman,Jorn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitanmajalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur danwanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana diadisangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel)merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibuSila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi


SUMBER

0 komentar:

Posting Komentar