Pages

Sabtu, 10 Maret 2012

Dianggap Sial..Baju Ketiga AC MILAN Di Tukar..

Ahad:11.03.2012 Post By : Tabekpuang 







Apa yang dilakukan AC Milan mungkin dianggap sebahagian besar orang sebagai sesuatu yang terlalu mengada-ada.

Milan tidak lagi akan menggunakan seragam ketiganya yang berwarna hitam kerana dianggap membawa sial dan menyimpan trauma bagi Milan.

Dengan seragam itu Milan kalah 0-3 dari tuan rumah Arsenal di leg kedua babak suku final Liga Champions, bertuah The Gunners hanya menjaringkan tiga gol sehingga Milan masih boleh terlepas ke fasa seterusnya kerana secara agregat menang 4-3.

"Saya telah cuba agar kami tidak menggunakan seragam hitam melawan Arsenal, tetapi jika kami tidak memakainya ketika itu maka kami akan bermain dalam keadaan telanjang bulat," ujar Naib Presiden Milan, Adriano Galliani.

Selanjutnya Milan merancang menggunakan seragam berwarna kuning sebagai seragam ketiga kerana warna tersebut dianggap memberi keberuntungan bagi Milan.

"Kami tidak akan memakai pakaian seragam warna hitam itu lagi. Milan akan menggunakan seragam warna kuning, warna kuning pernah kami gunakan di beberapa musim lalu dan kami akan menggunkannya lagi, "tegasnya.

Yang menjadi soalan kenapa pada perlawanan di Emirates, Milan tak mengenakan seragam kedua yang berwarna putih? ..


Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong ShareKepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.....

0 komentar:

Posting Komentar