Pages

Minggu, 11 Maret 2012

Messi Unggul Menjaringkan 2 Gol Bantu Barcelona Menang Keatas Racing Santender 2-0

Isnin:12.03.2012 Post By : Tabekpuang 





Lionel Messi kembali menjadi bintang. Dia menjaringkan dua gol yang membawa Barcelona menang 2-0 atas Racing Santander dalam lanjutan Liga BBVA, Ahad dan Isnin (12/3/2012)

Kemenangan ini membuat Barcelona mempertahankan jarak mereka dari pemuncak liga, Real Madrid, iaitu 10 mata. Barcelona masih menduduki tempat kedua dengan 60 mata, sementara Santander tetap terikat di peringkat ke-18 dengan 24 mata.

Meski menguasai, Barcelona kesukaran menembusi gawang Santander. Peluang bersih baru didapati Barcelona pada minit ke-16. Tendangan keras Lionel Messi dari tendangan tidak mengarah tepat ke gawang tuan rumah. Namun, peluang ini tak berbuah gol kerana bola masih boleh dihalang oleh penjaga gol Santander, Mario Fernandez.

Pada minit ke-23, aksi menawan Andres Iniesta hampir berbuah gol pembuka bagi Barcelona. Sayang, bola yang ia lepaskan dengan sepakan kaki kanannya hanya terkena gawang.

Barcelona kembali mendapat peluang, kali ini melalui kaki Cesc Fabregas. Namun, lagi-lagi kesempatan ini gagal menghasilkan gol, setelah bola tendangann kaki kanan Fabregas berjaya dihalang oleh Fernandez.

Gawang Santander akhirnya bolos juga pada minit ke-29. Umpan silang Fabregas terus disambar oleh Messi yang berdiri tak terkawal di tengah kotak penalti Santander. Bola pun dengan mulus masuk ke gawang Fernandez.

Sayang, meski mendapat beberapa peluang, Barcelona gagal menambah gol mereka di separuh masa pertama. Hasilnya, skor 1-0 tetap bertahan.

Pada awal separuh masa kedua, Barcelona sudah mendapat kesempatan untuk mendapat gol melalui kaki Fabregas. Sayang, peluang tersebut belum boleh ditukar menjadi gol setelah bola hasil sepakan kaki kiri Fabregas masih boleh ditangkap oleh Fernandez.

Issac Cuenca seharusnya boleh membawa Barcelona unggul 2-0 pada minit ke-55. Menerima umpan Iniesta, Cuenca sudah berada dalam posisi bebas untuk menjaringkan gol. Sayang, bola yang dilepaskan dengan kaki kanannya masih boleh dihalang oleh Fernandez.

Tak lama berselang, Barcelona mendapat kelebihan. Pelanggaran Domingo Cisma terhadap Fabregas di dalam kotak terlarang menghasilkan hadiah penalti. Messi yang menjadi sepakan tak mensia-siakan peluang keemasan ini untuk menambah koleksi golnya.

Cuenca kembali membuang peluang setelah tendangan hanya terkena tiang gol, setelah mendapat umpan Xavi. Barcelona terus menguasai laga. Beberapa peluang juga mampu diciptakan pasukan Pep Guardiola tersebut. Namun, kegemilangan Fernandez di bawah mistar Santander membuat kedudukan 2-0 tak berubah hingga akhir perlawanan.


Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.....



0 komentar:

Posting Komentar