Pages

Rabu, 14 Maret 2012

Logo Google Hari Ini Sempena Memperingati Akira Yoshizawa ,Bapa Seni Origami

Rabu:14.03.2012 Post By : 'DìHätìmü SäYäñg



Akira Yoshizawa dikenali sebagai Bapa Origami, seni melipat kertas yang cukup popular dan konon berasal dari Jepun.

Origami ditemui di Jepun pada abad ke-17, sebelum akhirnya beredar luas ke pelbagai penjuru dunia sekitar pertengahan tahun 1900. Sejak saat itu, Origami dikenali sebagai bentuk seni moden.


Hari ini, 14 Mac 2012, menandakan ulang tahun ke 101 Akira Yoshizawa. Beliau telah mencipta 50.000 model origami pelbagai bentuk dan saiz. Sebahagian diantaranya telah diabadikan ke dalam 18 buku khusus origami.


Akira Yoshizawa lahir pada 14 Mac 1911 dan meninggal 14 Mac 2005. Sepanjang kerjayanya, beliau menjabat sebagai duta antarabangsa kebudayaan Negeri Sakura.


Pada tahun 1983, pada masa pemerintahan Maharaja Hirohito, Akira memperoleh gelaran Order of the Rising Sun, sebuah penghargaan tertinggi bagi seorang warga negara Jepun.

Akira merupakan pelopor pelbagai teknik Origami, salah satunya wet-folding atau melipat kertas dalam keadaan basah. Dalam teknik ini kertas dibasahi sebelum dilipat, mencipta paparan yang lebih bulat dan kelihatan seperti dipahat.

Hal ini dianggap oleh banyak orang sebagai awal pergeseran paradigma origami menjadi sebuah karya seni, dari yang sebelumnya yang hanya dianggap sebagai kerajinan rakyat kuno.

Logo Google hari ini terinspirasi dari si artis origami, Google menunjukkan penghargaannya kepada sosok Akira Yoshigawa dengan memaparkan teks Google yang diperbuat dari kertas lipatan origami pelbagai warna. Bagaimana pendapat anda tentang Logo Google hari ini? Tulis di medan komen.

Negeri Sakura juga mempunyai Lionel Messi, penasaran? Simak aksi Takefusa Kubo, si messiah dari Jepun.



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.....


0 komentar:

Posting Komentar