Pages

Kamis, 15 Maret 2012

Menang 2-1 Atletic Bilbao Singkirkan Manchester United


Jumaat(16/3/2012)


Atheltic Bilbao muncul cemerlang mengalahkan Manchester United 2-1 dalam leg kedua 16 besar Liga Europa di Stadium San Mames, Khamis atau Jumaat(16/3/2012). Dengan hasil ini, Bilbao berjaya menyingkirkan MU dan layak memecut ke pusingan suku final dengan kelebihan agregat 5-3.

Bermain di depan ribuan penyokongnya sendiri, Bilbao menekan sejak minit awal. Padaminit ke-12, pemain tengah Javi Martinez mendapat peluang emas. Sayang, tendangan kerasnya berkat kerja sama yang apik dengan Fernando Llorente masih membenturtiang gol MU.

MU sendiri lebih banyak bergantung serangan balik hingga pertengahan babak ini.Tekanan Bilbao bahkan membuat mereka kesulitan menembusi barisan pertahanan lawan, dan lebih banyak bermain bola di lapangan tengah.

Bilbao terus menekan. Pada minit ke-20, akhirnya Llorente mampu membuat tuan rumahunggul 1-0. Menerima umpan jarak jauh dari Other Herrera, Llorente kemudianmelepaskan tendangan first time keras yang tak mampu diantisipasi oleh penjaga golMU, David De Gea.

MU berusaha keluar daripada tekanan. Satu minit berselang, Ryan Giggs mendapat peluang emas di depan gawang Bilbao. Sayang, tandukannya yang tepat mengarah ke gawang kemudian keluar padang, kerana mampu dibaca pertahanan FernandoAmorebieta.

MU yang Perlu menang dengan perbezaan tiga gol untuk melayakkan diri ke suku akhir,meneruskan usaha mereka menembusi gawang Bilbao. Sayang, rapinya pertahanan pasukan anak didikan Marcelo Bielsa itu membuat barisan depan "Setan Merah" kecewa.

Selepas turun rehat, Bilbao tidak mengubah strategi permainannya. Setiap MUmenguasai bola, satu atau dua pemain Bilbao terus melakukan pressing dengan ketat.Strategi itu cukup berjaya, kerana membuat barisan tengah MU kesukaran membongkarbarisan pertahanan Bilbao.

MU yang berusaha mengejar ketinggalan, justeru kembali memdapat peluang pada minit ke-65. Umpan silang dari Other Iturraspe disudahkan dengan tandukan Gaizka Tuquero. Namun bola terus jatuh ke kaki Oscar De Marcos. Tanpa belas, ia kemudian melepaskan tendangan ke arah gol yang tak mampu dibaca De Gea.

Ketinggalan dua gol, membuat mental pemain MU menurun secara drastik. Sepanjang separuh masa kedua, pasukan anak Sir Alex Ferguson itu kelihatan kecewa menembusi barisan pertahanan lawan. Sementara, Bilbao muncul cukup sabar dan bergantung serangan balik yang mampu beberapa kali mencipta peluang emas.

Pada minit ke-78, MU akhirnya mampu berjaya mengurangkan Kelebihan menjadi 1-2 melalui Wayne Rooney. Pemain bertubuh gempal tersebut melepaskan tendangan keras melengkung dari depan kotak penalti lawan yang tidak mampu dihalau penjaga gol Gorka Iraizoz.

MU terus berusaha mencipta peluang hingga minit-minit akhir. Namun, apa daya, usaha mereka selalu gagal kerana pertahanan Bilbao muncul cukup rapi dengan kepekatan tinggi. Hingga pengadil meniup wisel panjang, skor 2-1 tidak berubah untuk keunggulan Bilbao.



0 komentar:

Posting Komentar